Khamis, 24 Mac 2011

Petua Putihkan Kulit Muka Dengan Lobak Merah

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua Segarkan Muka

Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua Gincu Lebih Menarik

Simpan gincu (lipstick) dalam peti ais. Keluarkan gincu ketika hendak digunakan dan gunakan seperti biasa. Warna gincu akan kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.

Untuk mengekal gincu ketika pakai, sapu gincu di bibir sebanyak 2 kali. Selepas sapuan pertama, tekap atau cium pada kertas tisu. Kemudian buat sapuan kedua. 

Untuk menampakkan gincu lebih berkilat dan menawan, oles lip glos dengan menggunakan jari.

Petua Rawat Resdung

Hiris halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Petua Hilangkan Kedut Di Wajah

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.

Petua Elak Muka Jerawat

Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat. 

1) Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

2) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.