Rabu, 23 Februari 2011

Untuk Kaum Wanita & Kaum Lelaki yer....

penjagaan kulit muka
Salah satu amalan penjagaan kulit  umum yang ramai orang cenderung melakukan adalahpenjagaan kulit muka. Namun, tidak ramai orang melakukan itu dengan cara yang betul. Sama seperti semua jenis rawatan, penjagaan kulit muka  harus dilakukan mengikut langkah-langkah yang pada akhirnya mampu memberikan hasil yang diinginkan oleh seseorang.
Langkah pertama ketika melakukan penjagaan kulit muka adalah membersihkan wajah anda dengan pembersih kulit yang membolehkan kulit muka anda untuk bertindak balas dengan baik. Pembersihan harus dilakukan selepas membuang  semua make up yang anda mungkin telah letakkan pada kulit muka. Pembersih muka yang ada di pasaran dan senang di jumpai. Sementara pembersihan wajah, elakkan menggunakan sabun kerana sabun telah terbukti mengeringkan kulit . Namun, pembersihan tidak seharusnya dilakukan sepanjang masa sebagai tindakan yang boleh meningkatkan tahap kekeringan pada kulit juga. Oleh kerana itu, mencuci wajah anda di malam hari dengan
pembersih yang sesuai dan kemudian membilas dengan air hangat di pagi hari amat sesuai untuk anda. Air suam digunakan untuk menanggalkan kotoran yang mungkin telah terlekat pada wajah dan membuka pori-pori  tersumbat pada kulit.
Langkah kedua untuk melakukan penjagaan kulit muka  adalah untuk pengelupasan kulit. Pengelupasan merupakan salah satu langkah penting yang kebanyakan orang cenderung untuk elakkan sebagai  rutin penjagaan kulit mereka. Langkah ini melibatkan proses untuk menghilangkan lapisan kulit atas yang terdiri daripada sel-sel mati. Untuk lelaki, ini mudah ketika mencukur janggut mereka, tetapi di mana untuk wanita, langkah lain perlu dipertimbangkan. Mikrodermabrasi, retinoid dan pengelupasan kimia adalah beberapa pilihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pengelupasan kulit. Namun, seperti pembersihan, pengelupasan tidak harus dilakukan begitu kerap kerana ini boleh mengakibatkan pengurangan pigmen  kulit dan dalam proses membuat wajah anda tampak kusam.
Oleh kerana itu, Exfoliating wajah anda sekali seminggu terutama dengan Mikrodermabrasi cukup untuk menjaga kulit wajah anda. Ketika menggosok wajah anda dengan Mikrodermabrasi, cubalah untuk memastikan bahawa anda menggunakan scrub lembut yang mempunyai butir yang kecil untuk mengelakkan kulit anda tercedera dan pada akhirnya menyebabkan lebih membahayakan diri sendiri. Setelah menggosok wajah dengan lembut, biarkan Mikrodermabrasi di wajah untuk beberapa waktu bergantung pada Arahan tertentu yang biasanya seperti yang disyorkan. Setelah masa berlalu  yang tertentu, anda boleh membuang  Mikrodermabrasi dari wajah anda.
Langkah ketiga adalah biasanya pilihan untuk orang keran hal itu mungkin atau tidak boleh menentukan keputusan akhir dari penjagaan kulit muka. Langkah ini meliputi aplikasi penyelesaian yang mengandungi asid-wajah sehingga untuk mengembalikan keseimbangan pH dan perisai pelindung. Selain itu, toner juga bertujuan untuk menghapuskan semua sisa minyak, kotoran dan makeup. Dalam kes-kes di mana kulit berminyak ,zat persiapan harus digunakan, dan pada kes-kes di mana kulit kering, toner-ringan penyegar harus digunakan.
Langkah keempat yang harus dilakukan ketika melakukan penjagaan kulit muka untuk melembabkan wajah. Anda harus bermula dengan membasahi wajah dengan air sejuk atau pelembab dengan botol semburan dan kemudian blotting, tapi ia tidak bukan untuk menyelesaikan kekeringan. Setelah melakukan semua ini, anda perlu menutupnya dengan sedikit pelembab. Ini  cukup untuk melembabkan wajah anda kerana hal ini bertujuan untuk membantu mempertahankan kelembapan daripada menyediakan dengan wap air.

Jumaat, 18 Februari 2011

perkataan 'salam'

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong tag kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya

Rabu, 16 Februari 2011

Nukilan ku

Berkenalan denganmu ku rasa bahagia,
Bersenda denganmu kamu buat aku lupa segalanya,
Berkawan denganmu 1 rahmat dari-NYA,
Tapi...........Untuk bersamamu,
Ku rasa mustahil, Kerana Bersamamu hanya ada
di TV3 je..................
HEHEHEHEHEEHEHEHEE

Ucapan Selamat Malam

Mi rebus Mi hailam,
Buah mangga Buah pelam,
Ada katil Ada tilam,
Air perigi Air kolam,
Ada cetek Ada dalam,
Ada jahat Ada sulam,
Ada timbul Ada tenggelam,
Kapal Terbang Kapal selam,
Sayur bayam Sayur Ulam,
Yusof kelana Yusof haslam,
Jangan marah Jangan geram,
Saja nak ucap
SELAMAT MALAM............................................

Isnin, 14 Februari 2011

Zikir

Coretan Hati Ku

Indah sebuah pertemuan, jangan akhiri dengan perpisahan...
Jika suci sebuah perkenalan, jangan cemari dengan pendustaan...
Jika bernilai sebuah perhubungan, hargailah dengan keikhlasan...

Jumaat, 11 Februari 2011

Public Holiday

Prophet Muhammad's Birthday                                  : 15 Feb 2011

Labour Day                                                               : 1 May 2011

Wesak Day                                                               : 17 May 2011

Birthday Of DYMM SPB Yang Di Pertuan Agong         : 4 June 2011 

Hari Raya Puasa                                                        : 30 & 31 August 2011

National Day                                                             : 31 August 2011

Malaysia Day                                                            : 16 September 2011

Deepavali                                                                  : 26 October 2011

Hari Raya Haji                                                          : 6 November 2011

Awal Muharam                                                         : 27 November 2011

Christmas Day                                                          : 25 December 2011

Khamis, 10 Februari 2011

Senyum itu sedekah

Ukirlah senyuman,
kerana senyuman itu bukan sahaja separuh daripada iman,
tetapi senyuman itu juga adalah lukisan rahsia hati,
senyuman itu menyingkirkan malah menjadi penawar kepada hati yang luka....