Isnin, 28 Mac 2011

Luahan Hatiku Yang Gundah Gulana

Ya Allah Ya Tuhan Ku, kau sembuhkanlah penyakit ibuku yang sekarang ni menangungg derita akibat ketumbuhan di dalam perutnya..
Doktor telah mengesahkan ibuku akan di operation pada bulan 5...tapi aku tak tahu tarikh nya...
menurut doktor, rahim ibuku akan dibuang sekali waktu pembedahan itu nanti, disebabkan ketumbuhan nya itu telah merosakkan rahimnya....
Ya Allah Ya Tuhan Ku, Kau kuatlah semangat ibuku....dan aku tahu, ibuku seorang yang tabah menghadapi semua dugaan yang telah menimpanya.........


Khamis, 24 Mac 2011

Petua Putihkan Kulit Muka Dengan Lobak Merah

Parut sebatang lobak merah dan satukan bersama sebiji kuning telur dan sedikit jus limau nipis sehingga sebati. Tepek pada keseluruhan muka dan leher dan biarkan kering. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Petua Segarkan Muka

Masukkan sedikit madu, minyak zaitun, sebiji putih telur, perahan sebiji limau nipis, bunga melur dan buah badam ke dalam pengisar. Kisar hingga sebati. Sapukan pada muka seperti memakai mask dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.

Petua Gincu Lebih Menarik

Simpan gincu (lipstick) dalam peti ais. Keluarkan gincu ketika hendak digunakan dan gunakan seperti biasa. Warna gincu akan kelihatan lebih menarik dan tahan lebih lama.

Untuk mengekal gincu ketika pakai, sapu gincu di bibir sebanyak 2 kali. Selepas sapuan pertama, tekap atau cium pada kertas tisu. Kemudian buat sapuan kedua. 

Untuk menampakkan gincu lebih berkilat dan menawan, oles lip glos dengan menggunakan jari.

Petua Rawat Resdung

Hiris halus 3 biji bawang merah. Ambil 2 helai daun sirih dan secubit biji sawi. Masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan air yang sedang mendidih. Wapkan ke muka anda. Amalkan selalu.

Petua Hilangkan Kedut Di Wajah

Dapat sebatang lobak merah, satu sudu besar tepung jagung dan sebiji kuning telur. Parut lobak satukan bersama tepung jagung dan kuning telur. Gaul hingga mesra dan sapukan pada keseluruhan wajah dan leher sebagai masker. Biarkan sehingga kering anggarn selama 20 minit. Kemudian bilas bersih dengan air suam. Amalkan selalu, insyaAllah berkesan.

Petua Elak Muka Jerawat

Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk mengelakkan muka dari ditumbuhi jerawat. 

1) Ambil beberapa helai daun jambu batu dan giling hingga halus. Campurkan bersama bedak sejuk dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

2) Ambil beberapa helai daun sirih dan tumbuk bersama beras hingga lumat. Campurkan dengan sedikit ait dan tepek pada muka sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.





Rabu, 2 Mac 2011

Assalammualaikum kepada semua yang mengunjungi blog saya yang tak seberapa ni....

Saya ada cerita yang nak di kongsikan kepada anda semua....
cerita ni mengisahkan seorang wanita yang kurang cantik...(perkataan sopan sikit lah kan)
dia telah dikutuk oleh beberapa orang yang kurang sivik....
dia mengutuk ciptaan ALLAH yang maha Esa.....
budak perempuan ni sebenarnya sedar akan dirinya kurang cantik daripada perempuan di luar sana, tapi perempuan itu teramat-amat bersyukur yang tak terhingga kerana masih diciptakan mempunyai hidung untuk bernafas....mempunyai mulut untuk makan....mempunyai mata untuk melihat dan sebagainya......
tetapi orang yang mengutuknya itu, tidak berhenti2 untuk mengutuk wajah perempuan yang kurang cantik itu...
(apakah dosa wanita itu) menjadi mangsa...yang bukannya diminta dijadikan sedemikian rupa....
itu semuanya kuasa ALLAH....

ketahuilah bahawa rupa paras bukannlah jadi ukuran....
kerana, BILAL BIN ROBAH bukan lah seorang yang lawa, warna kulitnya lebih hitam dari arang, tetapi telah ditetapkan SYURGA baginya disana.....SUBHANALLAH....

tetapi, kita sebagai manusia yang telah diciptakan oleh-NYA, perlu menjaga pemberiannya....menunjukkan kita sayang pada apa yang diciptakan...


SEKIAN TERIMA KASIH.......